Iklan Sebentar yee..

Ezol Punyee Pembace

Ini EzoL

My photo
Talk like innocent with crazy minded.

Monday, June 13, 2011

Perempuan Mencuri Di Surau ! !

Astaghfirullahalazim, terkejut aku bile baca berita nie kat myMetro. Bayangkanlah di tempat suci lagi tempat mengerjakan ibadat kepada Allah saudari kite nie boleh melakukan kerja haram di situ.

Kejadian ini berlaku di surau di pusat beli-belah di Jalan Tun Razak,Melaka. Wanita berkenaan berumur 39 tahun dipercayai berada di surau terbabit berpura-pura mengerjakan solat sambil merembat beg tangan dan barang perhiasan mangsa.

Kakitangan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) negeri ini Noryuhani Ramli, 29, berkata, ketika kejadian dia dan rakannya, Nor Azzren Bazid, 26, pergi menunaikan solat di surau pusat beli-belah berkenaan.

“Ketika masuk ke dalam surau, terdapat seorang wanita berada di situ, namun kami tidak mempedulikannya.

“Bagaimanapun, selepas mengambil wuduk dan rakan saya pergi ke tandas, wanita itu hilang bersama beg Nor Azzren lalu kami mencarinya di lokasi kejadian, namun gagal,” katanya.
Beliau berkata, rakannya membuat laporan di Balai Polis Bukit Baru sejurus selepas kejadian.
Kemudian beliau diberitahu oleh rakan beliau bahawa suspek menggunakan kad kredit mangsa di Pusat Beli Belah di Ayer Keroh. Secara kebetulan beliau berada di sekitar kawasan tersebut dan terserempak dengan suspek yang dicam berada di surau sebelumnya.

“Saya bertanya mengenai kehilangan beg berkenaan, namun wanita itu menafikanya dan mengancam menjerit. Saya minta orang ramai menahannya dan wanita itu mengaku mengambil beg rakan saya,” katanya.
Suspek lalu mengaku dan menyerahkan segala barangan yang dicuri dan merayu supaya dilepaskan.

Nak wat kerja kotor pun janganlah kat surau atau masjid. Dah wat kerja haram, wat lak kat rumah Allah memang tak selamat hidup. Kan da kantoi....
  

6 comments:

ain revival said...

buat malu jep..x malu ke kat orang curi dekat masjid..yang pentingnya x malu ke kepada Allah.

zuwaidah said...

kejadian yang sama pernah berlaku di R&R sungai buloh...pencuri juga seorang wanita, melarikan tas tangan seorang wanita yg meletakkan tas tangannya pada anak kecilnya. dah selesai solat, baru perasan begnya tiada...tapi pencuri yg pura2 solat tadi dah melarikan diri.

AnakPakZohar said...

hurm... apa lahh..

zazaw said...

dah tak ada tempat lain ke nak mencurik??
isk isk isk

raby atul edawiyah said...

memalukkan kaum wanita...dah tu kat tempat beribadah..xtakot dosa kew..g tambah ag...

you-know-who said...

Perempuan pun mencuri dalam surau ?

Btw ,if nak hadiah best+wang tunai Rm100. jemput join contest !http://thisnotyours.blogspot.com/2011/06/wohoo-jom-join-contest.html