Iklan Sebentar yee..

Ezol Punyee Pembace

Ini EzoL

My photo
Talk like innocent with crazy minded.

Thursday, October 27, 2011

FAM buat taik sama PENYOKONG !!!


Assalamualaikum w.b.t.
"
Kepada abang-abang pakcik-pakcik yang memegang jawatan di FAM, mari kita imbas kembali sedikit ke tahun 2009.  Acaranya, Malaysia U23 vs Korea Selatan U21. Tempatnya, SNBJ.  Penontonnya, sekelumit penyokong Malaysia, dan sekumpulan penyokong Korea Selatan (yang ada tersentil di antaranya rakyat Malaysia yang tak sedar diri. Hai Minoel dan makcik yang kena interview Fina Nasrom.) Namun, di satu ceruk stadium tu, ada dalam 50 orang penyokong Malaysia yang dikenali sebagai Ultras Malaya. Kami. Sikit bukan? Lagi banyak flare dari orang, senang nak kata. Tapi buat masa tu, itulah kehadiran tertinggi kami sebagai sebuah kumpulan. Dan kami ketika itu sedang meningkat naik dari segi sambutan dan reputasi, dan kami menyasarkan untuk membawa kembali anak-anak Malaysia ke stadium untuk menyokong bolasepak tempatan selepas hamper dua dekad dihanyutkan dengan bolasepak luarnegara di kaca TV. Kesimpulannya, kehadiran penonton ke stadium menyedihkan.
'Penuh' bukan stadium? Sumber http://imageshack.us/photo/my-images/638/38284412693502964337564.jpg/sr=1
Sekarang kita balik semula ke tahun 2011. Malaysia melawan Hong Kong Februari, penonton hampir 10K. Kami? 1,000 orang berada di tempat kami dan chant bersama-sama. Dan paling baru, Malaysia menentang Singapura di SNBJ pusingan kelayakan awal Piala Dunia, Julai. SNBJ FULL HOUSE. Kami 3,000 orang di curva yang sendat dan hampir pecah. Kesimpulannya, penonton sudah kembali dan objektif kami menarik anak-anak Malaysia menyokong bolasepak tempatan  samaada bersama-sama kami di curva ataupun bersama-sama kelompok lain, sudah berjaya. Dan abang-abang pakcik-pakcik FAM juga telah sedikit sebanyak berjaya menghasilkan satu pasukan kebangsaan yang kompetitif dan boleh dibanggakan.
Sekarang baru ada 'oomph'! Sumber http://farm7.static.flickr.com/6125/5991119662_6de65354b5.jpg
Jadi persoalannya di sini abang-abang dan pakcik-pakcik warga FAM, APA KEJADAHNYA BAGI NAIK HARGA TIKET FINAL PIALA MALAYSIA SAMPAI 50 RINGGIT?! Korang memang betol ke takde duit sampai macam tu sekali? Boleh pegi mampus sama korang punya alasan basi tu, repair padanglah, kali ni takde tiket VIP lah, semua auta belaka. Dahlah haritu Malaysia Olimpik lawan Nepal pun sedap-sedap je korang letak tiket harga RM30! Seperti yang selalu disebut ayahPit, “Akeyy takde ke?”
Kami ingat lagi, sebelum tahun 2010, tiket final Piala Malaysia RM20 je. Tahun lepas naik ke RM30 pon boleh gigit bibir tahan lagi. Mentang-mentang masa tu orang tak pandang sangat bola Malaysia, sekarang orang Malaysia minat tengok bola tempatan balik, sedap-sedap je korang naikkan tiket ye? Nilah yang dikatakan tak sedar dek untung dan golongan yang tak bersyukur.
Senang cakap korang ni bukan berniaga cara pandai pun. Katakanlah Stadium Shah Alam tu kapasitinya 70,000. Tolak 5,000 utk security buffer, tinggal 65,000. Kalau tiket tu harga RM30, mesti orang nak datang, fullhouse, jadi 30 X 65,000, kutipan kasarnya RM 1.95 juta. Tapi kalau korang letak harga tiket RM50, mestilah orang tak nak datang (dengar khabarnya UN9 dgn UT nak jalankan boikot, wallahualam), silap haribulan stadium separuh je penuh. RM50 X 32,500 = RM1,625,000. Kan ke lagi sikit kutipan jadinya! Korang ni masa cikgu mengajar ekonomi asas kat depan, bantai tidor gamaknya. Bodoh tak boleh diajar, salah tak boleh ditegur. Nanti ditegur, kena gantung seumur hidup pulak. Nasib baik kami tak hingin pun nak berdaftar dgn korang-korang ni. Buat pelingkop uM dok ada.
Dari tahun 2007 kami susah-susah usaha tarik anak tempatan sapot bola Malaysia, sampai ada yang bercerai dengan bini, yang sangkut belajar, berhabis duit sendiri, kami tak pernah mintak bantuan subsidi ataupun MARA, kami buat kerja kami ikhlas semata-mata rasa kesian dekat FAM yang tak reti buat kerja sendiri (malas?), dan sekarang bila kami dah berjaya sikit, orang dah minat dan sokong bola Malaysia, korang sedap-sedap je jahanamkan usaha kami ni. Nampak macam korang ni sebenarnya tak mau pun rakyat Malaysia sokong bola tempatan dan seolah-olah korang ni tak mau pun bola Malaysia ni berkembang. Sebab tulah friendly match kelas A FIFA bukan main susah nak buat, tapi bila lawan tiga kelab EPL yang takde apa-apa faedah kecuali buat loadsamoney, mak aih, 3, 4 bulan dah siap semua preparation!
Pictured: an 'important' match. Sumber http://www.nst.com.my/articles/46arseea/single
Kepada semua peminat bolasepak tempatan, sabar, akan ada beberapa aktiviti yang akan dijalankan sebelum 29hb ni. We’re not gonna take getting fucked up the ass lying down this time around. Dan kami minta apa-apa aktiviti yang dijalankan kami, Ultras Nogori dan Ultras Tranung, anda tolong ikut serta bersama-sama. Jangan mintak kami buat semata-mata, tapi tak join dan buat tak tahu kalau-kalau kami diangkut ke dalam black maria oleh pigs. Jangan takut, ISA dah tak ada, dan kalau kita ramai-ramai buat, diorang akan takut dan tak boleh buat apa-apa. Apa-apa yang kami buat, kami buat untuk semua penyokong bolasepak Malaysia tak kira pasukan, dan affiliation, dan yang paling pentin, kami buat untuk bolasepak Malaysia.
Buat FAM bangsat, rakyat Malaysia mahukan FAM NAIKKAN ranking pasukan dan TURUNKAN harga tiket. Bukannya NAIKKAN harga tiket dan TURUNKAN ranking.
Oh ya, kepada anda yang menyambutnya, Selamat Hari Deepavali. We the Ultras Malaya don’t feel much like celebrating this time around disebabkan ada kerja yang nak dibuat ni, terima kasih kpd FAM.
-llclll-
Update 1: Diambil dari blog anakmemberontak, anda boleh lakukan ini kalau anda mahu harga tiket diturunkan:
  1. Esok kaunter tiket dibuka, semua penyokong Negeri Sembilan & Terengganu jangan beli tiket.
  2. Jangan beli tiket, sampai harga tiket diturunkan. Kosongkan stadium.
  3. Pastikan anda semua hadir ke Stadium Shah Alam, tetapi pastikan anda hadir tanpa membeli sebarang tiket untuk perlawanan Sabtu ini.
  4. Tunjukkan sokongan anda dan rasa cinta anda kepada pasukan bahawa anda sanggup datang untuk menyokong walau sejauh mana sekalipun tetapi anda tidak sanggup dirompak dan tidak sanggup kesetiaan dan kecintaan anda terhadap pasukan anda dipergunakan untuk kepentingan sesetengah pihak.
  5. Tunjukkan yang penyokong Terengganu dan Negeri Sembilan tidak sanggup dipergunakan untuk kepetingan pihak tertentu.
  6. Mana-mana fan club atau penyokong yang akan dapat tiket percuma, juga jangan masuk ke dalam stadium, jangan pentingkan diri sendiri, fikir mengenai penyokong lain yang tak mampu tetapi dikerjakan dan dipijak oleh FAM.
"

 (Dipetik dari UltrasMalaya.net)
Jadi kepada penyokong Ganu atau Negeri Sembilan..Marilah kite boikot FAM yang cube mengambil kesempatan ke atas duit kite yang kononnya untuk membaikpulih stadium..watepakk!!! Ape bodoh mereka yang cube mempolitikkan sukan no 1 dunia nie !!

1 comment:

Yaya Ijat said...

ezol is faez....lame xsinggah blog ni...
salam ingatan dari cikgu suraya :)