Iklan Sebentar yee..

Ezol Punyee Pembace

Ini EzoL

My photo
Talk like innocent with crazy minded.

Thursday, October 27, 2011

FAM buat taik sama PENYOKONG !!!


Assalamualaikum w.b.t.
"
Kepada abang-abang pakcik-pakcik yang memegang jawatan di FAM, mari kita imbas kembali sedikit ke tahun 2009.  Acaranya, Malaysia U23 vs Korea Selatan U21. Tempatnya, SNBJ.  Penontonnya, sekelumit penyokong Malaysia, dan sekumpulan penyokong Korea Selatan (yang ada tersentil di antaranya rakyat Malaysia yang tak sedar diri. Hai Minoel dan makcik yang kena interview Fina Nasrom.) Namun, di satu ceruk stadium tu, ada dalam 50 orang penyokong Malaysia yang dikenali sebagai Ultras Malaya. Kami. Sikit bukan? Lagi banyak flare dari orang, senang nak kata. Tapi buat masa tu, itulah kehadiran tertinggi kami sebagai sebuah kumpulan. Dan kami ketika itu sedang meningkat naik dari segi sambutan dan reputasi, dan kami menyasarkan untuk membawa kembali anak-anak Malaysia ke stadium untuk menyokong bolasepak tempatan selepas hamper dua dekad dihanyutkan dengan bolasepak luarnegara di kaca TV. Kesimpulannya, kehadiran penonton ke stadium menyedihkan.
'Penuh' bukan stadium? Sumber http://imageshack.us/photo/my-images/638/38284412693502964337564.jpg/sr=1
Sekarang kita balik semula ke tahun 2011. Malaysia melawan Hong Kong Februari, penonton hampir 10K. Kami? 1,000 orang berada di tempat kami dan chant bersama-sama. Dan paling baru, Malaysia menentang Singapura di SNBJ pusingan kelayakan awal Piala Dunia, Julai. SNBJ FULL HOUSE. Kami 3,000 orang di curva yang sendat dan hampir pecah. Kesimpulannya, penonton sudah kembali dan objektif kami menarik anak-anak Malaysia menyokong bolasepak tempatan  samaada bersama-sama kami di curva ataupun bersama-sama kelompok lain, sudah berjaya. Dan abang-abang pakcik-pakcik FAM juga telah sedikit sebanyak berjaya menghasilkan satu pasukan kebangsaan yang kompetitif dan boleh dibanggakan.
Sekarang baru ada 'oomph'! Sumber http://farm7.static.flickr.com/6125/5991119662_6de65354b5.jpg
Jadi persoalannya di sini abang-abang dan pakcik-pakcik warga FAM, APA KEJADAHNYA BAGI NAIK HARGA TIKET FINAL PIALA MALAYSIA SAMPAI 50 RINGGIT?! Korang memang betol ke takde duit sampai macam tu sekali? Boleh pegi mampus sama korang punya alasan basi tu, repair padanglah, kali ni takde tiket VIP lah, semua auta belaka. Dahlah haritu Malaysia Olimpik lawan Nepal pun sedap-sedap je korang letak tiket harga RM30! Seperti yang selalu disebut ayahPit, “Akeyy takde ke?”
Kami ingat lagi, sebelum tahun 2010, tiket final Piala Malaysia RM20 je. Tahun lepas naik ke RM30 pon boleh gigit bibir tahan lagi. Mentang-mentang masa tu orang tak pandang sangat bola Malaysia, sekarang orang Malaysia minat tengok bola tempatan balik, sedap-sedap je korang naikkan tiket ye? Nilah yang dikatakan tak sedar dek untung dan golongan yang tak bersyukur.
Senang cakap korang ni bukan berniaga cara pandai pun. Katakanlah Stadium Shah Alam tu kapasitinya 70,000. Tolak 5,000 utk security buffer, tinggal 65,000. Kalau tiket tu harga RM30, mesti orang nak datang, fullhouse, jadi 30 X 65,000, kutipan kasarnya RM 1.95 juta. Tapi kalau korang letak harga tiket RM50, mestilah orang tak nak datang (dengar khabarnya UN9 dgn UT nak jalankan boikot, wallahualam), silap haribulan stadium separuh je penuh. RM50 X 32,500 = RM1,625,000. Kan ke lagi sikit kutipan jadinya! Korang ni masa cikgu mengajar ekonomi asas kat depan, bantai tidor gamaknya. Bodoh tak boleh diajar, salah tak boleh ditegur. Nanti ditegur, kena gantung seumur hidup pulak. Nasib baik kami tak hingin pun nak berdaftar dgn korang-korang ni. Buat pelingkop uM dok ada.
Dari tahun 2007 kami susah-susah usaha tarik anak tempatan sapot bola Malaysia, sampai ada yang bercerai dengan bini, yang sangkut belajar, berhabis duit sendiri, kami tak pernah mintak bantuan subsidi ataupun MARA, kami buat kerja kami ikhlas semata-mata rasa kesian dekat FAM yang tak reti buat kerja sendiri (malas?), dan sekarang bila kami dah berjaya sikit, orang dah minat dan sokong bola Malaysia, korang sedap-sedap je jahanamkan usaha kami ni. Nampak macam korang ni sebenarnya tak mau pun rakyat Malaysia sokong bola tempatan dan seolah-olah korang ni tak mau pun bola Malaysia ni berkembang. Sebab tulah friendly match kelas A FIFA bukan main susah nak buat, tapi bila lawan tiga kelab EPL yang takde apa-apa faedah kecuali buat loadsamoney, mak aih, 3, 4 bulan dah siap semua preparation!
Pictured: an 'important' match. Sumber http://www.nst.com.my/articles/46arseea/single
Kepada semua peminat bolasepak tempatan, sabar, akan ada beberapa aktiviti yang akan dijalankan sebelum 29hb ni. We’re not gonna take getting fucked up the ass lying down this time around. Dan kami minta apa-apa aktiviti yang dijalankan kami, Ultras Nogori dan Ultras Tranung, anda tolong ikut serta bersama-sama. Jangan mintak kami buat semata-mata, tapi tak join dan buat tak tahu kalau-kalau kami diangkut ke dalam black maria oleh pigs. Jangan takut, ISA dah tak ada, dan kalau kita ramai-ramai buat, diorang akan takut dan tak boleh buat apa-apa. Apa-apa yang kami buat, kami buat untuk semua penyokong bolasepak Malaysia tak kira pasukan, dan affiliation, dan yang paling pentin, kami buat untuk bolasepak Malaysia.
Buat FAM bangsat, rakyat Malaysia mahukan FAM NAIKKAN ranking pasukan dan TURUNKAN harga tiket. Bukannya NAIKKAN harga tiket dan TURUNKAN ranking.
Oh ya, kepada anda yang menyambutnya, Selamat Hari Deepavali. We the Ultras Malaya don’t feel much like celebrating this time around disebabkan ada kerja yang nak dibuat ni, terima kasih kpd FAM.
-llclll-
Update 1: Diambil dari blog anakmemberontak, anda boleh lakukan ini kalau anda mahu harga tiket diturunkan:
  1. Esok kaunter tiket dibuka, semua penyokong Negeri Sembilan & Terengganu jangan beli tiket.
  2. Jangan beli tiket, sampai harga tiket diturunkan. Kosongkan stadium.
  3. Pastikan anda semua hadir ke Stadium Shah Alam, tetapi pastikan anda hadir tanpa membeli sebarang tiket untuk perlawanan Sabtu ini.
  4. Tunjukkan sokongan anda dan rasa cinta anda kepada pasukan bahawa anda sanggup datang untuk menyokong walau sejauh mana sekalipun tetapi anda tidak sanggup dirompak dan tidak sanggup kesetiaan dan kecintaan anda terhadap pasukan anda dipergunakan untuk kepentingan sesetengah pihak.
  5. Tunjukkan yang penyokong Terengganu dan Negeri Sembilan tidak sanggup dipergunakan untuk kepetingan pihak tertentu.
  6. Mana-mana fan club atau penyokong yang akan dapat tiket percuma, juga jangan masuk ke dalam stadium, jangan pentingkan diri sendiri, fikir mengenai penyokong lain yang tak mampu tetapi dikerjakan dan dipijak oleh FAM.
"

 (Dipetik dari UltrasMalaya.net)
Jadi kepada penyokong Ganu atau Negeri Sembilan..Marilah kite boikot FAM yang cube mengambil kesempatan ke atas duit kite yang kononnya untuk membaikpulih stadium..watepakk!!! Ape bodoh mereka yang cube mempolitikkan sukan no 1 dunia nie !!

Friday, October 14, 2011

Reblog If You Find A??

Assalamualaikum and salam sejahtera!

Okeyh.Today i want to writting in English. Because i like it. Actually its likes sudden. with my english not really fluent. but still i want write in ENGLISH. My lecturers always said dont be shy to try something new.

I'm writting not about this english post. But about this picture...


And i found it. Mistake in this picture. Please wait. I will show you.


Mistake in this picture is MISTAKE ! The one in the red box. yeah !! That's all folk. Thanks ;p

Add on :- really dont see it at first. but now it seems to be more clear.


In this sentence, u can see that were 2 the..sorry and thank you.

Friday, September 30, 2011

Ape Itu Kuiz?

Assalamualaikum w.b.t

Oit..oit..oit. korang pelajar? bekas pelajar? pelajar U? pelajar matrik? pelajar kolej?
Pernah korang dengar pasal kuiz tak? Aku konpem sume ponah dongar kan. Pernah buat tak? Itu sudah semestinye. Kenapa perlu ade kuiz? walhal perkara tersebut menyusahkan pelajar? am i right?
dah la mende alah tu masuk PB(penilaian berterusan) @carry mark laa kalo mamat atau minah omputeh cakap.

Tapi bagus jugak kuiz nie sebab bole buat student more alert kan? At least kepada yang malas bukak buku @ suka menelaah last-last minute nie secara tidak langsung mereka akan ulangkaji untuk jawab kuiz kan.

So, korang timbang dan pikir sendiri ape terbaek untuk korang.

Hola Kembali !!

Assalamualaikum w.b.t

Yeahhh. Ezol kembali untuk mengarang karangan tidak berbaloi sangat untuk korang. Hahaha. Mintak maaf kerana selama nie menyepi. Ini kerana "RUMAH AKU TAKDE TENET". Jadi memang konpem konpem la aku tokleh na update blog sepi usang nie. Terima kasih la kat korang yang tak unFOLLOW blog nie eventhough blog nie da bersawang. Busuk tahap cipan, insyaallah kalau aku tak busy aku update slalooo.

Btw, sekarang aku sudah menyambung pelajaran ke MENARA KL.

eh. no no no, sekarang nie aku da masuk UiTM. Jadi da konpem WIFI 24 hours kan. Just idea nak menulis tu tak selalu adee. Wah, selama aku tinggal blog nie. KUNCI LOCKER da jadi blogger *retis.


p/s : retis tu apekebende actualeee????

Wednesday, July 27, 2011

Wordless Wednesday 1#

Wednesday, June 22, 2011

StyleLah Profile Nie..

Assalamualaikum w.b.t dan Salam 1 Bloggee..

Weyh da lama aku tak update ini blog. Hari nie baru update. Ade satu profile di FACEBOOK menarik perhatian aku. Kalau nak usha-usha siler laa klik kat gambar yee. Usha la gambar-gambarnya. Macam vintage-vintage gitu. hahaha.









































p/s : minta maaf pada yang terkena. Kalau yang ta terkena tuu kira selamat lahh.



Monday, June 13, 2011

Perempuan Mencuri Di Surau ! !

Astaghfirullahalazim, terkejut aku bile baca berita nie kat myMetro. Bayangkanlah di tempat suci lagi tempat mengerjakan ibadat kepada Allah saudari kite nie boleh melakukan kerja haram di situ.

Kejadian ini berlaku di surau di pusat beli-belah di Jalan Tun Razak,Melaka. Wanita berkenaan berumur 39 tahun dipercayai berada di surau terbabit berpura-pura mengerjakan solat sambil merembat beg tangan dan barang perhiasan mangsa.

Kakitangan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) negeri ini Noryuhani Ramli, 29, berkata, ketika kejadian dia dan rakannya, Nor Azzren Bazid, 26, pergi menunaikan solat di surau pusat beli-belah berkenaan.

“Ketika masuk ke dalam surau, terdapat seorang wanita berada di situ, namun kami tidak mempedulikannya.

“Bagaimanapun, selepas mengambil wuduk dan rakan saya pergi ke tandas, wanita itu hilang bersama beg Nor Azzren lalu kami mencarinya di lokasi kejadian, namun gagal,” katanya.
Beliau berkata, rakannya membuat laporan di Balai Polis Bukit Baru sejurus selepas kejadian.
Kemudian beliau diberitahu oleh rakan beliau bahawa suspek menggunakan kad kredit mangsa di Pusat Beli Belah di Ayer Keroh. Secara kebetulan beliau berada di sekitar kawasan tersebut dan terserempak dengan suspek yang dicam berada di surau sebelumnya.

“Saya bertanya mengenai kehilangan beg berkenaan, namun wanita itu menafikanya dan mengancam menjerit. Saya minta orang ramai menahannya dan wanita itu mengaku mengambil beg rakan saya,” katanya.
Suspek lalu mengaku dan menyerahkan segala barangan yang dicuri dan merayu supaya dilepaskan.

Nak wat kerja kotor pun janganlah kat surau atau masjid. Dah wat kerja haram, wat lak kat rumah Allah memang tak selamat hidup. Kan da kantoi....