Iklan Sebentar yee..

Ezol Punyee Pembace

Ini EzoL

My photo
Talk like innocent with crazy minded.

Thursday, May 12, 2011

Apa Cerita ? ?

Assalamualaikum w.b.t dan Salam satu bloggee..

Aku nak bertanya kepada setiap manusia atau pembaca . Aku kalo boleh nak buat pembaharuan dalam site nie . Tapi aku tak terfikir ape yang aku nak buat . Korang ade cadangan ? Dan ape yang korang suke tentang blog aku nie ? Korang ada pendapat ? Korang nak aku bercerita pasal ape ? Boleh korang bagitau ?

Survey ini bertujuan untuk merapatkan lagi hubungan sesama bloggers nie . Dan untuk naik taraf blog aku nie . Jadi aku sangat amat memerlukan idea-idea dari korang semua . Tanpa pembaca siapalah pengarang blog nie .
Insyaallah kite akan sama-sama dapat memajukan Malaysia melalui saluran media ini .

Wednesday, May 11, 2011

Susu Mane Pilihan Korang ? ?

Assalamualaikum w.b.t. dan Salam 1 Bloggee..


Korang pernah tengok kan iklan susu dutch lady tuhh kan . Bukan susu ibu mengandung taw . Walaupun sekarang nie korang masih sibuk nak voting untuk DIGI WOWW AWARDS . Bagi meraikan sambutan Hari Susu Sedunia Ke-4 , Dutch Lady hari ini buat julung kalinya melancarkan PILIHANRAYA SUSU . Aku nak cadangkan kat korang ambik sedikit mase untuk vote perisa susu dutch lady yang terbaru nie . Undian perisa tertinggi akan direalisasikan untuk satapan pagi , petang atau malam korang .


Empat jenis perisa baru yang dipertandingkan seperti Kacang merah , Caramel , Jagung dan Tembikai Susu .
Wahh , semuanyaa tampak sedap kan . Dah lagi-lagi kalo susu dutch lady , lagi kick kan . Kalo aku laa aku nak pilih karamel ngan jagung . Sebab susu karamel memang x pernah rase dan susu jagung memang sangat sedap . Mulai 6 Mei 2011 hingga 28 Mei 2011, sesiapa sahaja boleh mengundi ! 

Nak mengundi KLIK SINI !! Undilah Untuk Malaysia Yang Kuat !!

Tuesday, May 10, 2011

I ★> BLOCK PARTY

Assalamualaikum w.b.t

Pada 8/5/2011 ke KUANTAN. Aku usha satu showcase by CONVERSE depan megamall. Nak taw ape yang best?








Kesemua aktiviti kat atas dianjurkan oleh converse MALAYSIA. Event "I ★> BLOCK PARTY" dianjurkan di setiap negeri dan GRAND FINALE akan diadakan dekat SUBANG. Aku tak ingat area mane. Tapi menurut jurucakap manis converse tersebut ia akan adakan BLOCK PARTY di satu town di area Subang tersebut. Aku berani bet yang korang taw ape itu BLOCK PARTY kan.

Aktiviti yang dianjurkan :-
~ I ★> 3 on 3 basketball
~ I ★> Skate

Sekian , Terima Kasih kerana mengunjungi dan membace entri aku.

Sunday, May 8, 2011

Kenapa Berblog ? ?

Assalamualaikum w.b.t dan Selamat Pagi.

Timbul satu persoalan kepada diri sendiri apabile terbaca entri-entri bro BEN ASHAARI. Kenapa aku berblog? Sedangkan sebelum-sebelum nie aku memang tak suke menulis apatah lagi membaca. Untuk pengetahuan korang, aku memang anti-membaca mahupun menulis. Malas lee senang cakap kan.Membaca boleh buat aku tertido secara automatik.

Dan aku rase persoalan aku terjawab. Dan aku tau ape tujuan aku berblog sekarang. Di sini aku menulis untuk meluahkan diri aku. Dah stress, tak dapat jumpe member sini jugak tempat aku nak conteng-conteng sesuke hati aku. Dan blog jugak aku dapat berkongsi atau berbincang tentang info-info terkini. Walaupun blog EZOLISFAEZ nie takde lee informasi sangat kan.Dan jugak blog aku tak semanis blog YUYU ZULAIKHA. sebab aku tak manis macam tuannya. Jadinye takde semut nak hurung kan.

Ade betulnya mungkin aku mengejar duit daripada NUFFNANG ,haha tapi aku tak mampu. Traffic yang dihajati tak dapat dilepasi. Tapi tidak semestinya semata-mata kerana duit. Aku tiba-tiba jatuh cinta pada bidang penulisan ini. Sungguhpun tidak mempunyai pembaca setia. Tapi aku tetap terus menulis untuk kepuasan diri sendiri. *noktah*

Sekian, bebelan dari aku lagi.

Kerja Oh Kerja ! ! !

Assalamualaikum dan Selamat Pagi. ^^

Kerja ? Ye kerja. Ada ape dengan perkataan nie. Dengan bekerja korang boleh laa nak jana duit kan. Nak sara anak bini atau ibu bapa korang. Bagaiman pulee untuk pelajar? Wajarkah pelajar-pelajar ini buat part-time untuk  cover sikit-sikit. Orang cakap boleh laa nak wat shopping-shopping sikit.

Perkara ini sedikit sebanyak ade die punye pro dan con kan. Mane ade sesuatu perkara tu semata-mata ade kebaikan sahaje. Mesti ade jugak keburukan kecuali amal ibadat dan segala tentang islam. Itu memang da ditetapkan memang untuk kebaikan bagi setiap manusia beragama islam kan.Bagi aku part-time untuk student tiada kesalahan jika seseorang itu pandai membahagikan masa beliau. yela ,kena la budget mase untuk study. Jangan asyik kejar duit. Nanti study ke laut. Tak nak laa begitu. Punah mase hadapan kan.

Dan kalo untuk pelajar yang menunggu panggilan degree macam aku pulak macam mane. Kalo student macam aku nie da sah-sah patut pergi cari keje daripada duduk rumah menghabiskan duit sajee. Tapi kalo xde lubang kerja pulak macam mane. Aishhh..korang pikir laa sendiri.

p/s : da puas cari kerja tapi takde. ade orang na offer aku kerja???

Ucapan Hari Ibu..

Assalamualaikum w.b.t

Hari nie hari apee?? Hari nie hari Ahad. Ada ape pada hari Ahad minggu nie. 8 May 2011 jatuh pada hari ahad dan ianya istimewa untuk sume para-para ibu kerana Ianya adalah hari yang meraikan mereka yang bergelar IBU.

Di kesempatan ini ,aku nak mengucapkan SELAMAT HARI IBU kepada ibuku ,
SHARIMAH BINTI ZAINAL ABIDIN. Minta maaf kerna aku tak punya ape-ape untuk diberi padamu. Dan juga memohon kemaafan dek kedegilan aku yang kadang kala menyinggung hatimu. Tapi di dalam lubuk hatiku yang paling dasar aku memang sayang sangat pada IBU. Tanpa IBU tak lahir aku ke dunia yang indah nie. Tanpamu aku tak menjadi orang yang berpelajaran. Tanpamu sudah pasti aku terkontang-kanting.

Aku nak ucapkan sekali lagi Selamat Hari Ibu kepada semua ibu-ibu tak kira di mana jua asalkan ibu kerana kamu ,kami lahir ke dunia.

Aku Sayang Ibu....

Monday, May 2, 2011

Bakal Movie Yang Aku Akan Intai!!!

Assalamualaikum w.b.t.. Dan Salam 1 Bloggee..

Insyaallah laa rini aku na pi layan movie kejap. Terfikir jugak movie ape yang bagus dan tak rugi untuk ditonton. Ade jugak bukak paper, tengok adalah sebuah citer omputeh nie. Thor cite yang aku yang aku maksudkan. Asalnyee cite mitos superhero ciptaan marvel.


nanti da lepas tengok. nanti aku review laa..