Iklan Sebentar yee..

Ezol Punyee Pembace

Ini EzoL

My photo
Talk like innocent with crazy minded.

Wednesday, May 25, 2011

Pencarian Bloglist EZOLISFAEZ !!!

Assamulaikum w.b.t dan Salam 1 Bloggee..


Mari mari mari. Jom join bloglist ceq. Nie baru pertama kalinya aku na buat bloglist supaya korang senang sikit nak BLOGWALKING kan. Senang jee nak join. 

Syarat-syarat dan panduan nye :-
  1. Korang wajib foolllowww blog EZOLISFAEZ. Kalau tak kenal macam mana aku nak letak kat bloglistkan. Dan sunat LIKE blog nie. Tiada paksaan untuk ini.
  2. Copy dan paste banner kat atas kat entri.
  3. Buat entri bertajuk "Saya Maw Join Bloglist Ez0LisFaez".
  4. Bagitaw kenapa nak join bloglist nie. Tak best la kalau kosong jekan.
  5. Tag kawan-kawan korang seramai 2 orang. 2 orang je wa cakap lu.
  6. Tinggalkan url korang kat ruangan komen yee.
Tarikh tamat aku tak taw laa. Terbuka lah selagi aku tak bagitau ape-ape keyh.

Dan sape yang join bloglist EZOLISFAEZ nie akan diREVIEW secara berperingkat-peringkat.





Tuesday, May 24, 2011

SEGMEN DRAMA KREATIF BLOGGER bersama BEN ASHAARI ...

Assalamualaikum w.b.t dan Salam 1 Bloggeeeee...


Semalam dah join. Hari nie punye segmen bersambung. Ok jugak. At least ade isi kandungan jugak blog aku nie kan. Takdelah terbiar kosong jee. Sambung dengan segmen bro kite nie. Korang baca bawah nie.


Jadi sebab ade 3 movie yang boleh dipilih. Aku nak pilih cerita Pirates Of Carribean lahhh. Kenapa??
Of cozlah sebab aku nak jadi lanun.

Watak yang aku nak galas da konpem-konpem CAPTAIN JACK SPARROW, mesti korang tertanya-tanya kenapa kan??

Aku merasakan bahawa sifat Jack sendiri berada dalam diri aku. Dengan kata lain seperti ade chemistry yaww. Kira kalau aku galas watak nie takdelah nak jadi hipokrit membawa watak yang bukan diri aku sebenarkan. Kekalutan, serabut dan giler-giler memang perwatakan aku. Jadi tidak sangsilah kenapa aku pilih watak tersebut.

Even kalut-kalut pun, still CAPTAIN JACK tuhh. Bawak black pearl lagi. Sapa taknak bodo-bodo penerbit bagi aku bawa KAPAL besar. Hahaha.

Doodle Noodle aku da siap..

Assalamualaikum w.b.t dan Salam 1 Bloggee...

Hauchakkkkkk!!!! Siler lihat ini....

Ribuan terima kasih kepada saudara YAZID TORPEDO kerana beliau sudah menghasilkan doodle yang kiut ala-ala aku nie. Terharu pulak bler tengok doodle @ noodle(aku panggil) ini. Serius kiut giler. Aku rase korang memang da lame demam doodle nie kan. Aku jee yang lambat update. Kalo korang da siap bersawang dah kan? 

Korang boleh tempah dengan YAZID TORPEDO dengan harga :-
  • RM5.00   - 1 karakter
  • RM10.00 - 2 karakter ke atas tak termasuk background.
Kepada korang-korang yang beluom ade doodle sile jeles sekarang ye. Kepada yang da ada wat ignore jee. Hahaha.

Sile masuk blog beliau untuk tempahan.

Monday, May 23, 2011

CERITA KREATIF AKU BERSAMA BEN ASHAARI


Cerita ini bermula begini.......

Pada sepetang yang hening. Datang satu group bloggers yang mahu bergerak gathering kononnya. Mereka daripada PASAR SENI nak ke KLCC. Jadi, mereka pakat-pakat dok kumpul duit dan mewakilkan pada IQBAL HAKIMI untuk beli tiket.

Sedikit dialog antara IQBAL dan Penjual Tiket 

IQBAL : Kakak manis tiket 6 keping.
P.Tiket : Mana pergi ?
IQBAL : Mana tempat ada??
P.Tiket : Roti ada.. Nasi goreng ada..Mee goreng ada..Semua ada..
IQBAL : Nie jual tiket ke makanan..
P.Tiket : Semua ada..Hahahaha..
IQBAL : Psssttfff....Kasi klcc kak yee..
P.Tiket : Rm20.00..datang lagi..

Mereka bergerak masuk dalam lrt uhh. Dalam LRT bebudak nie memang kecoh abiss. Sampai nak tergolek pon ade kenderaan awam tersebut. So beberapa dialog di dalam tren tersebut dirakam sedikit.

Kunci Locker : Korang nak buat ape kat KLCC??
Nisa Menaip : Kite wat VLOG !!!Nisa ade bawak videocam..
Tomato Kering : Nisa memang ketagih kat vlog kan.. :-P
Nisa Menaip : Sangat kottt..hehehe..
Iqbal Hakimi : Kite buat vlog dalam nie pon ok gak kan???
Kunci Locker : ade tema ker??
Yazid Torpedo : Kite relate kan doodle aku ngan LRT nak??Aku boleh lukis sekejap..
Nisa Menaip : Shukeww...
Katek : Sukung..

Dengan persetujuan kesemua blogger jadi mereka pun jalankan laa pergambaran HEBAT mereka. Sedang mereka memperkenalkan doodle kepada penumpang di dalam LRT. Datang pegawai LRT tersebut iaitu EZOL FAEZ.

Ezol Faez : wehh..wehh buat ape nie??
Nisa Menaip : buat vlog tuan..untuk blog tuan..kami sedang wat gathering..
Ezol Faez : Vlog ??Macam seronok..boleh saya ikut sekali..Saye pon ade blog jugak.

Yazid Torpedo perlahan-lahan menyorokkan diri beliau supaya tidak dilihat Ezol (kenapa??)

Ezol Faez : Ehhh,kenapa tuh budak tu nak lari menyorok tu..Cilok ker??
Kunci Locker : Ehh takdelah..die rakan blogger jugak..Yazid Torpedo namenya..
Ezol Faez : Yazid Torpedo???Macam kenal..hurmmm..

Yazid memalingkan mukanya kearah ezol faez..

Ezol Faez : hah..ko rupenya...Mana doodle yang ko hutang dengan aku tuhh???
Yazid Torpedo : Sorry..semalam tertido..
Ezol : haisshhh..aku na sekarang..ko buat..
Yazid Torpedo ; yolah..

Selepas sampai di KLCC. Pengambaran mereka di dalam tren selesai dan sambung pulak di taman rekreasi KLCC dan berjumpa dengan ramai lagi SAHABAT BLOGGERS yang diketuai BEN ASHAARI..

p/s : ape sehh aku ngarott...

IMAN BLOG : LUCKY DRAW CONTEST ! !


Hahaha. Aku nak join contest nie ha. Tetibe giler join contest plak aku nie. Wowww, hadiah menarik nie. Jom join. Terhad je yang boleh join. Dari follower 200th ke 350th. Jadi pantas-pantas lah yer.
Klik picca kat atas kalo nak join dan dah ade cara-cara nak join kat situ. ^,^

p/s : join-join gak. Follow orang biar ikhlas bukan sebab nak hadiah jeee.....

Areliff: Pencarian Bloglist Terbaru

 
Aku nak join bloglist daripada brother areliff nie. Yela dah takde idea nak buat entri. Sementara brain wash masuk bloglist pon besh jugak. ^,^

Sambil-sambil tu bole lah nak promote blog kite kan? Boleh la na naekkan trafik setakuk dua. hahaha. Oklah bro ARELIFF. I'm done.

SEGMEN KREATIF BEN ASHAARI KEMBALI


panduan menyertai klik sini taw

Friday, May 20, 2011

Hilang Blogger Berbakat Lagi !!

Assalamualaikum w.b.t , Salam Sejahtera dan Salam 1Bloggee..

First of all, aku nak ucap takziah kepada ahli keluarga TELORDIBASOH diatas pemergian arwah. Semoga arwah ditempatkan di kalangan orang-orang beriman. Walaupun aku nie memang tak pernah komen blog arwah (silent reader). Tapi aku memang berminat dengan karya-karya arwah. Sememangnya arwah memang seorang yang berbakat. Cuma ALLAH S.W.T lebih sayangkan pada arwah.

Bukan kehilangan arwah juga, kita juga bakal hilang seorang lagi bloggers muda yang sangat berbakat dalam bidang IT dan kreatif juga. Bukan kerana beliau sudah meninggalkan kita selamanya tetapi cuma beliau sudah berhenti dari DUNIA BLOGGING. Pencerita dari blog www.masahmadsafwan.com inilah yang dimaksudkan.
Ini kerana beliau mempunyai masalah yang tidak diketahui oleh kite semua. Sebab ade pada beliau sahaja.

inilah secebis entri last dari page mas ahmad safwan...

Lawak MALL ! !

Assalamualaikum w.b.t dan Salam 1 Bloggee..

Ade cerita lawak disini.. Diambil dari page facebook untuk tontonan korang bersama.

Di sebuah Mall yang sesak dengan pengunjung.. ada satu alat pengukur berat badan yang cukup canggih.. Hanya dengan membayar RM 1.00 kita akan diberitahu berapa berat badan kita oleh program komputer. Seorang gadis dan temannya mencuba di tengah kerumunan orang.. Setelah memasukkan wang RM 1.00.. mesin komputer menjawab: 47 kg! Gadis kedua cuba untuk menimbang, dan mesin komputer menjawab: 52 kg!

Setelah beberapa minit datang seorang wanita yang cukup gemuk dan montel cuba menimbang dirinya di mesin itu. Setelah memasukkan wang RM 1.00.. mesin komputer mengeluarkan jawapan: Tolong naik sorang-sorang.. jangan ramai- ramai!

Diambil dari PERGH STATUS KO MAKAN DALAM LA SEYH

Thursday, May 19, 2011

Video HYDILARIF.

Assalamualaikum w.b.t dan Salam 1 Bloggee..

Tadi bersiar-siar dekat http://www.1tube.my. Usha-usha lah vlog yang dibuat untuk para-para pembaca kan. Dan aku paling suke video NISA MENAIP. Beliau da macam wartawan profesional wehh. Tak kekok berlagak  lakon di depan kamera. hehehe..

Jumpa pulak video kelakar nie. 100% oleh MALAYSIAN to MALAYSIAN. BY HYDILARIF .Kreatif dan Imginasi yang tinggi. Tajuk video nie SWEARING. Kisah budak remaja yang boleh mencarut. JOM LIHAT.





Wednesday, May 18, 2011

Result Aku !!

Alhamdulillah aku lulus. Dapat sambung degree. Tapi terkilan sikit lah tak sampai target kan. Just cukup-cukup makan jee. Dan merudum jauh pulak result sem 2 dari sem 1. Kimia dari A terus jatuh ke B.



agak-agak la kan lepas nie nak sambung kos ape yee. Memandangkan aku minat kimia boleh korang suggestkan??

Monday, May 16, 2011

Pesona Pagi ! !

Assalamualaikum w.b.t dan Salam 1 Bloggee..

Hai sume. Aku tak tido dari semalam. Biasalaa budak laki kan main game lahh. Aku lepak rumah membe aku, so pepagi buta memang kena balik rumah lah. Nak antar adik skolah (abang mithali..haha). Jadi pukul 6.30 aku da cabut dari rumah member aku dan member aku tumpang nak pergi buat amali untuk lesen (tempat test lesen belakang rumah jee ooi..).

Aku memang jarang bangun pagi nie. Kalu bangun pon aku tak keluar. Then hari nie anta adik aku, aku dapat sedut udara segar waktu pagi. Syok pulak pepagi macam nie. Sebab sejuk + dingin jee.

Aku nie memang suke memerhati manusia. Sebab banyak karenahnya, jadi waktu pagi memang sesuai la untuk aku mengkaji setiap tingkah laku manusia nie. Yelahh kan masih cergas pepagi buta macam nie. Semua sibuk mengejar masa untuk antar anak , ade yang nak pergi kerja dan ade jugak yang keluar pergi beli brekpas. Seronok tengok manusia nie sampai aku leka tengok diorang nie.

Last sebelum balik rumah aku, poei laa den makan nasi lomak teh tarik. Terangkat uhh. Sodap sehingga menjilat jari kaki den. Hahahaha..

p/s : Pemandangan waktu pagi memang indah dan KALUT.

Sunday, May 15, 2011

Selamat Hari Guru..

Assalamualaikum w.b.t dan Salam 1 Bloggee..

Guru @ Cikgu adalah individu yang telah mendidik kite. Mereka telah berusaha sedaya upaya mengajar kie nie haa. Mereka juga penjana transformasi pendidikan negara ( dapat dari iklan.:-P).  Bagi aku la, mereka berjaya membentuk aku sebagai seorang insan la. Tak rosak bak kate orang. Mereka berjaya menanam sifat -sifat positive kat aku (up diri sendiri sikit r). hahaha, zaman sekolah dulu memang banyak kenangan terindah dalam hidup aku nie. Nak nak bersama guru-guru aku.

Aku paling suke kaunselor aku, Cikgu Anisah. Kat situ laa tempat aku melepak dan beliau memang rajin melayan karenah aku nie. Ade masalah pada beliau lah aku mengadu. Nak ponteng (jaat sikit nie) kat situ lah aku menapak.

Aku juga suke pada Cikgu Kimia aku. Tak kisahlah dari zaman sekolah hinggalah da masuk belajar. Mereka tak jemu menurunkan ilmu mereka pada aku. Sehinggakan minat aku terhadap kimia memang menebal giler. hahaha ,asalnye aku memang tak suke kimia tapi mereka memberi inspirasi.

Jadi, aku nak mengucapkan Selamat Hari Guru dan Terima Kasih kepada guru-guruku kerana sudi mengajar aku tanpa kenal erti jemu. Dan juga kepada semua insan bergelar GURU.

Muntah Idea , Kosong ! !

Assalamualaikum w.b.t dan Salam 1 Bloggeee..

Aku pasti korang tertanya-tanya apebende punye tajuk entri laa yang aku buat . Hahaha . Pernah tak korang dilanda idea yang mencurah-curah sehingga korang pon poning nak menulis kat yang mane satu. Pening jugak nak buat pilihan kan mana satu laa nak tulis kan. Aku nak tanye lagi even korang dapat idea yang banyak sekali pon. Boleh ke korang merealisasikan idea tersebut di atas skrin monitor korang ataupun page korang. Ini fenomena yang aku nak bagitau MUNTAH IDEA, KOSONG ...

Hahaha ,actually fenomena nie aku create sendiri sebab banyak kali dah aku kena bende nie. Datang idea berlambak-lambak tapi last-last Body Post kosong. Terkilan la wehh. Sumpah membazir idea-idea aku tuhh .
Aku nak bagi tips laa supaya korang dapat menulis idea korang tuu tanpa hilang satu pun kekunci idea tersebut.


  • Pastikan korang buat short note untuk idea-dea yang korang dapat. Supaya tak hilang dek panas tak lapuk dek hujan. haha.. In case, korang ade short-term memory loss.
  • Da dapat idea kan ?? Korang teros jee draft kan idea tersebut supaya laen-laen kali takde idea, boleh ambik dari draft korang.
  • Ade sticky board ? Tampal idea-idea korang kat situ supaya senang nak cari. Cara 'Proffesional'.

Selain daripada korang boleh mengingat kembali idea-idea korang. Sambil lalu, biler korang da drafting atau buat short note. Korang bole jugak menulis idea-idea bernas dengan mengembangkan isi-isi penting korang. Aduss, da macam cikgu pulak aku nie. Selamat mencube.

Saturday, May 14, 2011

Kejuaraan Ke-19 MAN UNITED ! !

Assalamualaikum w.b.t dan Salam  1 Bloggee..

Tahniah kepada MANCHESTER UNITED sebab menjuarai Liga Inggeris. Sayang anda. Dan satu lagi tahniah kerana Man U memintas liverpool untuk kejuaraan liga inggeris dengan jumlah 19 kali tuhh. Sebagai peminat fanatik Man U aku bangga. Korang bangga tak? Haha, kepada Chelsea fans maybe "NEXT TIME".Entah biler laa tuhh.

Tapi sedih jugak biler Man U maen macam taekk tadi. Dengan Kuszczak pulak hampess tadi. Sumpah hari nie the worst day bagi Man U. Nie sebab budak hidung merah kaki kunyah chew gum(Alex Ferguson) punya akal. Bodoh jugak die kadang-kadang. Tapi permainan Giggs , Rooney , Chicharito dan Scholes banyak membantu dalam game tadi. Serius jangan ulang macam nie kat FINAL CHAMPION LEAGUE. Malu jee aku sokong korang nanti.

Jumpa korang kat WEMBLEY 29 Mei nanti... :-p

Google Translator ! !

Assalamualaikum w.b.t dan Salam 1 Bloggee..

Cop-cop. Na ketawa sambil berguling-guling kejap. Hahaha. Korang mesti tertanya-tanya kenapa aku ketawa kan. Hari nie first time uhh aku gune GOOGLE TRANSLATOR sebab na taw orang india mencarut ape kat aku masa dalam Zynga Poker. Then aku try translate entri-entri aku sebelum nie. Then, aku baca balik. aduss kelaka pulak rasenya.

Jom tengok ni.

klik gambar untuk tumbesaran kritikal


klik gambar untuk tumbesaran kekecilan

Korang bace lee sendiri. Den dah tak larat nak suko nie. Hahaha.

Thursday, May 12, 2011

Jom Lepak di Bangku Kosong (Buat Blog Kurang 500 Followers)

Assalamualaikum w.b.t dan Salam 1 Bloggee..

Da agak lama tak join segmen dari mana-mana bloggers . Last segmen pon aku join dari Segmen Ben Ashaari jee . Mase tuh pon tak lee aktif sangat sekadar join jee sebab exam kan . So , sekarang nie aku nak ajak korang sume yang mempunyai bilangan follower kurang dari 500 untuk join aku LEPAK DI BANGKU KOSONG nie . Da nama bangku kosong memang ramai lee seat-seat yang boleh kite penuhi . Segmen nie bertujuan supaya senang nak berblogwalking/blog hopping untuk rakan-rakan blogger yang lain dan Mr.Bangku nie sekali ( termasuklaah aku ) .

by : Hasrul Hassan

PERINGATAN + WARNING : HANYA UNTUK BLOG YANG MEMPUNYAI FOLLOWER 500 KE BAWAH SAHAJA ! !

Apa Cerita ? ?

Assalamualaikum w.b.t dan Salam satu bloggee..

Aku nak bertanya kepada setiap manusia atau pembaca . Aku kalo boleh nak buat pembaharuan dalam site nie . Tapi aku tak terfikir ape yang aku nak buat . Korang ade cadangan ? Dan ape yang korang suke tentang blog aku nie ? Korang ada pendapat ? Korang nak aku bercerita pasal ape ? Boleh korang bagitau ?

Survey ini bertujuan untuk merapatkan lagi hubungan sesama bloggers nie . Dan untuk naik taraf blog aku nie . Jadi aku sangat amat memerlukan idea-idea dari korang semua . Tanpa pembaca siapalah pengarang blog nie .
Insyaallah kite akan sama-sama dapat memajukan Malaysia melalui saluran media ini .

Wednesday, May 11, 2011

Susu Mane Pilihan Korang ? ?

Assalamualaikum w.b.t. dan Salam 1 Bloggee..


Korang pernah tengok kan iklan susu dutch lady tuhh kan . Bukan susu ibu mengandung taw . Walaupun sekarang nie korang masih sibuk nak voting untuk DIGI WOWW AWARDS . Bagi meraikan sambutan Hari Susu Sedunia Ke-4 , Dutch Lady hari ini buat julung kalinya melancarkan PILIHANRAYA SUSU . Aku nak cadangkan kat korang ambik sedikit mase untuk vote perisa susu dutch lady yang terbaru nie . Undian perisa tertinggi akan direalisasikan untuk satapan pagi , petang atau malam korang .


Empat jenis perisa baru yang dipertandingkan seperti Kacang merah , Caramel , Jagung dan Tembikai Susu .
Wahh , semuanyaa tampak sedap kan . Dah lagi-lagi kalo susu dutch lady , lagi kick kan . Kalo aku laa aku nak pilih karamel ngan jagung . Sebab susu karamel memang x pernah rase dan susu jagung memang sangat sedap . Mulai 6 Mei 2011 hingga 28 Mei 2011, sesiapa sahaja boleh mengundi ! 

Nak mengundi KLIK SINI !! Undilah Untuk Malaysia Yang Kuat !!

Tuesday, May 10, 2011

I ★> BLOCK PARTY

Assalamualaikum w.b.t

Pada 8/5/2011 ke KUANTAN. Aku usha satu showcase by CONVERSE depan megamall. Nak taw ape yang best?








Kesemua aktiviti kat atas dianjurkan oleh converse MALAYSIA. Event "I ★> BLOCK PARTY" dianjurkan di setiap negeri dan GRAND FINALE akan diadakan dekat SUBANG. Aku tak ingat area mane. Tapi menurut jurucakap manis converse tersebut ia akan adakan BLOCK PARTY di satu town di area Subang tersebut. Aku berani bet yang korang taw ape itu BLOCK PARTY kan.

Aktiviti yang dianjurkan :-
~ I ★> 3 on 3 basketball
~ I ★> Skate

Sekian , Terima Kasih kerana mengunjungi dan membace entri aku.

Sunday, May 8, 2011

Kenapa Berblog ? ?

Assalamualaikum w.b.t dan Selamat Pagi.

Timbul satu persoalan kepada diri sendiri apabile terbaca entri-entri bro BEN ASHAARI. Kenapa aku berblog? Sedangkan sebelum-sebelum nie aku memang tak suke menulis apatah lagi membaca. Untuk pengetahuan korang, aku memang anti-membaca mahupun menulis. Malas lee senang cakap kan.Membaca boleh buat aku tertido secara automatik.

Dan aku rase persoalan aku terjawab. Dan aku tau ape tujuan aku berblog sekarang. Di sini aku menulis untuk meluahkan diri aku. Dah stress, tak dapat jumpe member sini jugak tempat aku nak conteng-conteng sesuke hati aku. Dan blog jugak aku dapat berkongsi atau berbincang tentang info-info terkini. Walaupun blog EZOLISFAEZ nie takde lee informasi sangat kan.Dan jugak blog aku tak semanis blog YUYU ZULAIKHA. sebab aku tak manis macam tuannya. Jadinye takde semut nak hurung kan.

Ade betulnya mungkin aku mengejar duit daripada NUFFNANG ,haha tapi aku tak mampu. Traffic yang dihajati tak dapat dilepasi. Tapi tidak semestinya semata-mata kerana duit. Aku tiba-tiba jatuh cinta pada bidang penulisan ini. Sungguhpun tidak mempunyai pembaca setia. Tapi aku tetap terus menulis untuk kepuasan diri sendiri. *noktah*

Sekian, bebelan dari aku lagi.

Kerja Oh Kerja ! ! !

Assalamualaikum dan Selamat Pagi. ^^

Kerja ? Ye kerja. Ada ape dengan perkataan nie. Dengan bekerja korang boleh laa nak jana duit kan. Nak sara anak bini atau ibu bapa korang. Bagaiman pulee untuk pelajar? Wajarkah pelajar-pelajar ini buat part-time untuk  cover sikit-sikit. Orang cakap boleh laa nak wat shopping-shopping sikit.

Perkara ini sedikit sebanyak ade die punye pro dan con kan. Mane ade sesuatu perkara tu semata-mata ade kebaikan sahaje. Mesti ade jugak keburukan kecuali amal ibadat dan segala tentang islam. Itu memang da ditetapkan memang untuk kebaikan bagi setiap manusia beragama islam kan.Bagi aku part-time untuk student tiada kesalahan jika seseorang itu pandai membahagikan masa beliau. yela ,kena la budget mase untuk study. Jangan asyik kejar duit. Nanti study ke laut. Tak nak laa begitu. Punah mase hadapan kan.

Dan kalo untuk pelajar yang menunggu panggilan degree macam aku pulak macam mane. Kalo student macam aku nie da sah-sah patut pergi cari keje daripada duduk rumah menghabiskan duit sajee. Tapi kalo xde lubang kerja pulak macam mane. Aishhh..korang pikir laa sendiri.

p/s : da puas cari kerja tapi takde. ade orang na offer aku kerja???

Ucapan Hari Ibu..

Assalamualaikum w.b.t

Hari nie hari apee?? Hari nie hari Ahad. Ada ape pada hari Ahad minggu nie. 8 May 2011 jatuh pada hari ahad dan ianya istimewa untuk sume para-para ibu kerana Ianya adalah hari yang meraikan mereka yang bergelar IBU.

Di kesempatan ini ,aku nak mengucapkan SELAMAT HARI IBU kepada ibuku ,
SHARIMAH BINTI ZAINAL ABIDIN. Minta maaf kerna aku tak punya ape-ape untuk diberi padamu. Dan juga memohon kemaafan dek kedegilan aku yang kadang kala menyinggung hatimu. Tapi di dalam lubuk hatiku yang paling dasar aku memang sayang sangat pada IBU. Tanpa IBU tak lahir aku ke dunia yang indah nie. Tanpamu aku tak menjadi orang yang berpelajaran. Tanpamu sudah pasti aku terkontang-kanting.

Aku nak ucapkan sekali lagi Selamat Hari Ibu kepada semua ibu-ibu tak kira di mana jua asalkan ibu kerana kamu ,kami lahir ke dunia.

Aku Sayang Ibu....

Monday, May 2, 2011

Bakal Movie Yang Aku Akan Intai!!!

Assalamualaikum w.b.t.. Dan Salam 1 Bloggee..

Insyaallah laa rini aku na pi layan movie kejap. Terfikir jugak movie ape yang bagus dan tak rugi untuk ditonton. Ade jugak bukak paper, tengok adalah sebuah citer omputeh nie. Thor cite yang aku yang aku maksudkan. Asalnyee cite mitos superhero ciptaan marvel.


nanti da lepas tengok. nanti aku review laa..